CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Wednesday, April 22, 2009

Negara Bangsa Moden di Eropah


USAHA-USAHA PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI EROPAH SEPERTI ITALI DAN JERMAN
1. Nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa
2. Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson
3. Kekalahan Austria-Hungray dan Turki dalam Perang Dunia 1
4. Count Camillio Benso amal realpolitik
5. Camillio Benso bekerjasama dengan Napolean 111
6. Mengadakan pungutan suara dan dapat sokongan rakyat
7. Bantu Prussia menewaskan Austria
8. Pengunduran tentera Perancis dari Rom
9. Bismarch guna slogan darah dan besi menyatukan Jerman


10.Menggunakan pelbagai taktik cetus peperangan
11.Menggunakan isu membenci kuasa asing utk bangkitkan semangat rakyat Prusia

Monday, April 20, 2009

Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun


Semangat kebangsaan berlaku kesan dasar pemerintahan ketenteraan Jepun

Dasar Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu:
1. Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum ini
2. Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Jepun seperti Malai Shimbun untuk Utusan Melayu
3. Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dan nilai budaya Jepun diperkenalkan
4. Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu. Kebebasan hanya diberi kepada pertubuhan yang menyokongnya & yang bergerak di bawah pengawasan Jepun
5. Ahmad Boestamam telah menubuhkan Barisan Pemuda di Perak bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu dilatih berkawad sebagai tentera sukarela Jepun

6.Akibat tekanan Jepun – gerakan menentang Jepun telah berlaku

a. Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Malayan People’s Anti-japanese Army(MPAJA) untuk menentang Jepun dan disokong oleh British(memberikan bantuan senjata) & bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun. Pasukan Bintang Tiga ditubuhkan(keahliannya – Melayu, Cina dan India)

b. Orang Melayu menubuhkan Force 136 dan Pasukan Wataniah di Pahang
Anggotanya terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang

c.Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela menentang Jepun
Anggotanya terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan Jepun

7.Ibrahim Yaakob meminta Jepun Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia sebelum kekalahan Jepun yang bersesuaian dengan matlamat asal KMM iaitu menubuhkan Melayu Raya @ Indonesia Raya Melayu Raya@ Indonesia Raya.Slogan dan cita-cita politik sebahagian kecil orang Melayu sahaja Menghidupkan empayar Melayu seperti Majapahit atau Melaka Idea ini dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris oleh Abdul Hadi Hassan, pensyarah Ilmu Tarawikh di MPSI

8.Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung(KRIS) ditubuhkan sebagai badan yang akan melaksanakan Melayu Raya Kongres Pemuda KRIS di Kuala Lumpur membincangkan persediaan kemerdekaan dengan Indonesia.Walaupun Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos 1945, tetapi kerana kekalahan Jepun secara mengejut, Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaannya pada 15 Ogos 1945

Friday, April 3, 2009

Kesatuan Melayu Muda(KMM)




Ditubuhkan pada tahun 1939
Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob(wartawan akhbar Majlis)
Objektif:
i.Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung
ii.Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu
iii.Wbp tujuan penubuhan KMM ialah lebih bersifat politik
iv.KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu

Tindakan Ibrahim Haji Yaakob:

Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun
Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda antiBritish
Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan
Cawangan KMM juga ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British
Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong KMM dengan enyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British
Kesannya : Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan 150 orang penyokong KMM ditangkap British akhir tahun 1941 & dipenjarakan di Changi, Singapura

Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua
Soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta layanan pilih kasih British kepada anak negeri telah dibincangkan
Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu
Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi masalah sosiekonomi & politik Orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian
Kongres Melayu yang diadakan merupakan tanda kesepakatan orang Melayu di seluruh Semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme


PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU


Pada awal abad ke-20, muncul persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu.Tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa Contoh: Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan sahabat Pena Malaya(PASPAM), Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Sabahat Pena di Jesselton, Labuan dan Tawau, Kesatuan Melayu Muda

Kesatuan Melayu Singapura(KMS)

Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura
nPengasasnya(mendapat pendidikan Inggeris) – Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh
Bertujuan untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura
Peranan Mohammad Eunos Abdullah :
I.Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
IIDilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat(mewakili orang Melayu)
III.Kejayaan beliau –kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British, memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura.
Kesannya – mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu lain pada tahun 1930-an

Persatuan Sahabat Pena Malaya(PASPAM)

Ditubuhkan pada tahun 1934 dan dipimpin oleh S.M. Zainal Abidin B.A
Tujuan penubuhan:
I.Menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenalan & bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa
II.Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri telah mendapat sambutan hangat
III.Walaupun tidak bersifat parti politik tetapi kegiatan sosial PASPAM menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu

PERSATUAN NEGERI-NEGERI

Persatuan negeri juga ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak(1937), Selangor(1938), Negeri Sembilan(1938) dan Pahang(1938)
Objektif penubuhan- untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan & perkhidmatan kerajaan
Dengan ini, perpaduan di kalangan orang Melayu dapat digalakkan

PERSATUAN NEGERI DI SARAWAK

Persatuan Melayu Miri(1936)
Persatuan Melayu Sarawak(1939)- diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.

Tujuan Penubuhannya:
I.Mengeratkan perpaduan Melayu
II.Menggalakkan pendidikan
III.Menjaga budaya & maruah bangsa
IV.Menegakkan ajaran Islam
Kesannya : mendapat sambutan orang Melayu Sarawak (di Kuching)

SABAH

Kesedaran berpersatuan tidak menonjol
Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena iaitu di Jesselton(Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau
Aktiviti mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan sekolah Melayu
Kegiatan berpersatuan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah


Akhbar, Majalah dan Novel: Penggerak Kesedaran Kebangsaan


ANTARA Penulis akhbar yang terkenal:
I.Zainal Abidin Ahmad(1920-an)
II.Onn bin Jaafar

III. Abdul Rahim Kajai(1930-an)


•Akhbar yang terkenal:
I.Warta Malaya
II.Lembaga Malaya
III.Majlis
IV.Utusan Melayu

V. Warta Negara

Vi. Fajar Sarawak


•Tulisan penulis-penulis tersebut telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu
•Mengkritik dasar-dasar penjajah yang menekan orang Melayu
•Persoalan tentang sosial @ pendidikan, ekonomi dan politik yang dibangkitkan oleh akhbar secara menyeluruh tahun 1930-an bertujuan untuk menyedarkan & memajukan orang Melayu

ISU YANG DIBANGKITKAN


Sosial/pendidikan
•Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
•Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
•Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja & tidak mahu berusaha
•Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk tujuan pendidikan
•Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu(pertukangan & kerja tangan)
•Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
•Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi


EKONOMI
üMenggalakkan syarikat kerjasama
üMeminta British mengurangkan kemasukan orang dagang yang mengancam ekonomi tempatan üMenggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
üMelarang orang Melayu menjual tanah
üMenyeru orang Melayu berjimat cermat
üMeminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur


POLITIK

1. Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
2.Mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu (tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat)
3.Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
4.Menuntut diadakan Malay Administrative Service) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
5Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan