CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Friday, April 3, 2009

Akhbar, Majalah dan Novel: Penggerak Kesedaran Kebangsaan


ANTARA Penulis akhbar yang terkenal:
I.Zainal Abidin Ahmad(1920-an)
II.Onn bin Jaafar

III. Abdul Rahim Kajai(1930-an)


•Akhbar yang terkenal:
I.Warta Malaya
II.Lembaga Malaya
III.Majlis
IV.Utusan Melayu

V. Warta Negara

Vi. Fajar Sarawak


•Tulisan penulis-penulis tersebut telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu
•Mengkritik dasar-dasar penjajah yang menekan orang Melayu
•Persoalan tentang sosial @ pendidikan, ekonomi dan politik yang dibangkitkan oleh akhbar secara menyeluruh tahun 1930-an bertujuan untuk menyedarkan & memajukan orang Melayu

ISU YANG DIBANGKITKAN


Sosial/pendidikan
•Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
•Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
•Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja & tidak mahu berusaha
•Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk tujuan pendidikan
•Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu(pertukangan & kerja tangan)
•Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
•Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi


EKONOMI
üMenggalakkan syarikat kerjasama
üMeminta British mengurangkan kemasukan orang dagang yang mengancam ekonomi tempatan üMenggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
üMelarang orang Melayu menjual tanah
üMenyeru orang Melayu berjimat cermat
üMeminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur


POLITIK

1. Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
2.Mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu (tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat)
3.Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
4.Menuntut diadakan Malay Administrative Service) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
5Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan

0 comments: