CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Sunday, May 17, 2009

NEGERI SEMBILAN : SISTEM DEMOKRASI



Negeri Sembilan merupakan gabungan sembilan buah negeri, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.Abad ke 18 mempunyai raja sendiri (Raja Melewar). Diberi gelaran Yamtuan Besar dan bersemayam di Seri Menanti.




Negeri Melayu pertama yang mirip kerajaan persekutuan sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu melalui Perjanjian Persekutuan 1896 oleh British. Mengamalkan Adat Perpatih dan perlantikan pembesar dilakukan di peringkat paling bawah iait Anak Buah, Buapak, Lembaga dan Undang. Seterusnya Yang Dipertuan Besa
Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan Baginda dengan Undang.



Undang melantik Yang Dipertuan Besar Lembaga dilantik Buapak dan merupakan Ketua Suku anggota masyarakat. Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing. Berkuasa memilih Undang. Buapak adalah tempat rujuk setiap masalah terutama berkaitan adat. Mengamalkan sistem demokrasi ( kuasa diagihkan kepada individu secara peringkat)

Thursday, May 7, 2009

Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu



Sultan Zainal Abidin III (1881-1981) memerintah selepas kebangkitan Sultan Ahmad Shah . Sultan Zainal Abidin meluluskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu(ittiqan – il-muluk bi-ta’dil il suluk ) bermaksud keyakinan kepada pemerintah berdasarkan keadilan.

Tujuan undang-undang menghalang British yang sedang berusaha meluaskan
kuasanya di Terengganu.Undang-undang ini mengekalkan amalan sistem monarki
Undang-undang ini menetapkan agama Islam sebagai agama rasmiUndang-undang ini menetapkan pemerintahan raja berperlembagaan



Raja beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris sultan yang memerintah Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mesti beragama Islam, Melayu. Rakyat Terengganu dan mengaku taat setia. Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai Menteri Besar yang dilantik Sultan.



Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri

i. untuk mentadbir negeri
ii menggubal undang-undang dan peraturan negeri,
iii. menjaga kebajikan rakyat,
iv.menjaga keamanan negeri
V.menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor



Unsur asas pembinaan sebuah negara dan bangsa ialah perlembagaan bertulis.Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar




Tujuan memodenkan dan menghalang British menguasai negeri tersebut. Perlembagaan mengikut perlembagaan Barat.Antara kandungan Undang2 Tubuh keturunan sultan pewaris takhta, pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor dan agama Islam agama negeri.



Menurut undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, raja
i. berbangsa Melayu
ii Lelaki
iii Beragama Islam
iv Waris pemerintah Johor





Raja, menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain




Raja berhak memilih Menteri Besar,manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan Jemaah Menteri dengan perkenan Raja

Penggubalan perlembagaan didorong keinginan pemerintah membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak.

Sistem Jemaah Menteri Melicinkan Pentadbiran Kelantan



Diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1.Baginda lantik beberapa orang pembesar bantu pentadbiran baginda.Sultan Muhammad 11 membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan

Terdapat 8 badan Jemaah Menteri, setiap satu dianggotai 4 orang pembesar.Golongan Nik dan Wan membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad 11 dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi

Sultan Muhammad 11 menyingkir kerabat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik & Wan Sejak tahun 1842, berlaku perubahan dalam struktur pentadbiran Kelantan.

Setiap Jemaah Menteri Mempunyai Bidang Tugas Masing-masing

1. Jemaah Penasihat Raja : Mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia
2. Jemaah Menteri Istana : Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri
3. Jemaah Menteri Keadilan : Mengendalikan urusan penting tentag keadilan dan kehakiman
4. Jemaah Menteri Dlm Neg : Menjaga keamanan negeri
5. Jemaah Menteri Luar : Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri
6. Jemaah Menteri Perbendaharaan : Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul
7. Jemaah Menteri Peperangan : Menguruskan pertahanan dan keamananan negeri
8. Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri : Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri

Tuesday, May 5, 2009

Warisan Kesultanan Melayu Melaka



Sistem pemerintahan berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.Warisan Melaka spt adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu berkembang di negeri tersebut.Kerajan tersebutdiasaskan oleh kerabat diraja Melaka
Pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan.Sistem pewarisan takhta negeri mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.Putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan.Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta kerajaan

Mengamalkan Sistem Pembesar Lipatan.Warisan Melaka dapat dilihat dalam kitab undang-undang tersebut.undang-undang negeri tersebut disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka



Ciri –Ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan Melayu Melaka mempunya wilayah lingkungan pengaruh yang luas
Sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan moden.Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah.kedaulatan merujuk kekuasaan yang dimiliki oleh pemerintah/raja



Pemerintah menggubal dan menguatkuasa undang-undang. Kedaulatan memastikan negara bebas dpd campur tangan/ paksaan taklukan @ penjajahan asing.Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.

Lambang negara merupakan simbol menjadi identiti sesebuah negara.Sistem pemerintahan beraja, adat istadat Melayu, Bahasa Melayu.Kebesaran sultan dilambangkan dengan alat regalia spt nobat, warna.



Dua sumber undang-undang bertulis Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.Terdapat hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang keluarga.Undang Laut Melaka mengandungi tatacara pelayaran di laut.



Rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah.Bukti ketaatan kpd raja, rakyat mempertahankan negara.Sultan merupakan pemerintah tertinggi,
dibantu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana yang menjadi tonggak institusi kerajaan