CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Tuesday, August 4, 2009

LAMBANG-LAMBANG NEGARA



1. JATA NEGARA



I. Dua ekor harimau yang menyokong perisai itu bermaksud keberanian
II.Bahagian kanan perisai terdapat pokok Melaka yang melambangkan negeri Melaka
III. 5 bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu Dan Johor (Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu)
IV. Dibahagian kiri perisai terdapat sebatang pokok pinang yang mewakili negeri Pulau Pinang.
V. Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan dengan jata negeri tersebut. Di antara Vlambang negeri Sarawak dan Sabah terdapat
VI.Sekuntum bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan.
VII. Di bawah perisai itu terdapat Cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu’ yang bermaksud semangat bermuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia.
VIII. Di atas perisai terdapat bulan sabit berwarna kuning yang bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan bintang berpecah 14 melambangkan gabungan 14 buah negeri
VIV.14 jalur berlainan warna ditengah-tengah perisai merujuk kepada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu).
X. Warna hitam dan putih melambangkan negeri Pahang. Warna merah dan kuning melambangkan negeri Selangor. Warna hitam, putih dan kuning melambangkan negeri Perak. Warna merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan.

3. BENDERA KEBANGSAAN



I. Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi
II.Bendera ini mengandungi 14 jalur merah dan putih yang melambangkan gabungan negeri di Malaysia
III. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat
IV. Warna kuning melambangkan kedaulatan raja-raja
V.Bintang berpecah 14 melambangkan gabungan 14 buah negeri
VI.Warna putih melambangkan kesucian
VII.Warna merah melambangkan keberanian
VIII.berfungsi membangkitkan semangat perjuangan

Berkibar selepas benders Union Jack diturunkan.Pada 1949, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Perundangan persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk mereka bentuk bendera. Seramai 373 orang pereka telah mengambil bahagian.Majlis Perundangan Persekutuan & akhbar The Malay Mail telah menjemput orang ramai memberikan pendapat tentang tentang reka bentuk tersebut.

Rekabentuk Ciptaan En. Mohd Hamzah telah terpilih. Beberapa pindaan telah dibuat ke atas bendera tersebut sebelum diluluskan oleh oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 19 April 1950. Pada 19 mei 1950, King George Vi telah memperkenankan reka bentuk bendera Prsekutuan Tanah Melayu yang baru. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar buat kali pertama pada 26 mei 1950 di perkaranga istana Sultan Selangor, dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI. turut dikenali sebagai Jalur Gemilang.



Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.



Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957

3. LAGU KEBANGSAAN

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Sebelum merdeka lagu kebangsaan kita ialah lagu kebangsaan British,’ God Save the Queen’. pada 1957, lagu negara kita ‘Negaraku’ dicipta. pemilihan lagu ini dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpullan jemaah hakin di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Polis Diraja telah memperkenalkan 4 buah lagu dan lagu Terang Bulan, lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih. Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan Lagu terang bulan.
Lirik lagu kebangsaan negara menggambarkan kesetiaan rakyat pada tanah air, Menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban kepada negara.

3 comments:

Admin said...

Info menarik. Saya ada sedikit tambahan info. Harimau dalam jata negara tu di gelar Harimau Malaya. Harimau Malaya ini juga dikenali sebagai Harimau Belang iaitu spesies yang hanya ada di Semenanjung Malaysia. Iaitu Panthera Tigris Malayeins atau Panthera Tigris Jacksoni

Unknown said...

kat sini ada x soalan kbat tentang lambang negara atau soalan dan skema jawapan tentang lambang negara

Unknown said...

Heyy