CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Tuesday, August 11, 2009

Tahap pertama dasar luar Malaysia ( Tunku Abdul Rahman 1957 – 1970 )



Dasar pro-Barat, antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel- politik, ekonomi dan sosial

Faktor Politik



– ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan di dalam negara(PKM)
Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara Komanwel- Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat pengaruh komunis- Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty(AMDA) 1956 British akan membantu Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara



Faktor Sosial



Perdana Menteri Malaysia yang pertama

1. Malaysia berbaik-baik dengan negara jiran. Krisis dengan negara jiran : Konfrontasi(1963-1965), Singapura keluar Malaysia(1965), terputus hubungan Malaysia dengan Filipina(1963-1965)Usaha dibuat untuk memelihara hubungan dengan negara jiran

2.melalui perjanjian:-
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara(ASA)-1961 bersama-sama dengan Thailand dan Filipina. MAPHILINDO-1962 (Malaysia, Filipina,Indonesia)
ASEAN -1967(Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura)

Faktor Ekonomi

1. Pergantungan Malaysia kepada Britain – untuk menjaga kepentingan ekonomi:-
Malaysia –anggota blok sterling dan menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia memberikan tumpuan kepada dua hasil utama iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain Pelabur Britain menguasai peratus yang besar dalam ekonomi negara – perladangan dan perindustrian

2. Bagi mengurangkan pergantungan – Malaysia mengamalkan pasaran bebas dan mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain spt Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan mencari pasaran baru

0 comments: