CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Thursday, October 1, 2009

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB)



Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945,Ibu pejabat di san Francisco (asal) berpindah ke New York 1946.Peringkat awal – 51 buah anggota 189 buah – 2002.Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Terdapat 4 matlamat Piagam PBB

Matlamat Piagam PBB

1.Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
2.Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota
3.Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia
tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit
4.Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota


PERANAN MALAYSIA DALAM ( PBB )

1.Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
2.Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara
3.Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan
4.Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq
5.Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea
6.Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
7.Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan
8.Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara
9. Menjadi ahli Bank Dunia
10.Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut
11. Malaysia bekerjasama dan menyertai agensi antarabangsa PBB – kerjasama dalam pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO)
12.Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun 1965, 1989 dan 1999
Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB
Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.
13.Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin dengan mengajurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur

0 comments: