CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Monday, October 26, 2009

Jelaskan faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.



Perkembangan pesat bidang ekonomi menyebabkan berlaku proses pembandaran
Tertumpu di kawasan yang kaya dengan sumber alam semulajadi
Kawasan ini sering menjadi tumpuan kegiatan ekonomi penjajah
Kegiatan perlombongan bijih timah telah menyebabkan kemunculan bandar baru
Bandar Taiping, Seremban dan Kuala Lumpur lahir kerana perlombongan
Perlombongan petroleum telah menyebabkan perkembangan bandar Miri



Terdapat kemudahan perbankan di bandar
Peranan sebagai pusat pentadbiran telah mengubah pekan kecil kepada bandar baru
Kawasan berhampiran lombong mengalami pertambahan penduduk
Berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil lombong
Bandar baru turut berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pusat pentadbiran
Dilengkapi dengan segala kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan serta institusi kewangan



Perkembangan dalam sistem pengangkutan
Gemas dan Kuala Lumpur terletak di persimpangan jalan raya dan jalan kereta api utama di tanah Melayu

Kegiatan pertanian komersil seperti getah dan lada hitam
Bandar Kuching di Sarawak berkembang pesat kerana aktiviti
Pengumpulan dan pengeksportan lada hitam dan gambir sejak tahun 1840
Pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang berkembang sebagai bandar pelabuhan yang maju

Friday, October 9, 2009

Huraikan matlamat perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu serta kaedah perjuangan mereka.



Nasionalisme di Tanah Melayu bermula awal kurun ke 20.
Pada peringkat awal gerakan ini dipelopori oleh golongan berpendidikan agama/ Arab.
Mereka menyebarkan idea reformasi dari Timur Tengah ke Tanah Melayu.

(a) Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda
i. Tokoh utama ialah Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Muhammad Taha.Mendapat pendidikan di Timur Tengah. Menjadi pelopor kepada gerakan pemulihan Islam iaitu pengamalan ajaran Islam sebenar.

(b) Matlamat perjuangan
i. Meningkatkan kemajuan orang Melayu yang beragama Islam
- menuntut ilmu pengetahuan keduniaan dan akhirat ( contoh )
- menceburi bidang perniagaan walau pun secara kecil-kecilan kerana Islam menggalakkan perniagaan.
- taraf ekonomi orang Melayu dapat ditingkatkan.

ii Menyeru orang Melayu supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar.
- menentang ajaran kurafat dan bidaah yang menyeleweng daripada ajaran dan
akidah Islam sebenar.
- meninggalkan amalan taklid buta
- mengikuti apa yang terkandung dalam al-quran dan hadis.

iii. Emansipasi wanita
- meningkatkan taraf wanita
- wanita perlu menuntut ilmu untuk memajukan diri sendiri
- tinggalkan amalan tradisi ( golongan wanita hanya duduk di dapur )
- membebaskan diri dan negara daripada penjajahan
- bersatu memajukan diri supaya dapat menentang penjajah.

Kaedah perjuangan
i. Secara langsung
- melalui media seperti majalah dan surat khabar cth Al-Iman, Neracha, Idaran Zaman, Saudara.
- melalui cerpen dan novel spt Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Nurul Ain.

ii. Secara Tidak Langsung
- melalui madrasah yang dibina.
- mengajar ilmu dunia dan agama
- idea diterap dalam pengajaran

Tentangan daripada Kaum Tua.

-terdiri darpada ulama konservatif
- memusuhi pembaharuan agama dan idea nasionalisme yang dibawa oleh Kaum
Muda.
- percanggahan pendapat hebat dilakukan dalam khutbah-khutbah jumaat, ceramah-
ceramah agama serta disiarkan dalam akhbar dan majalah
- menerbitkan majalah seperti Pengasoh, Lidah Benar dan Panduan.

KESIMPULAN

Memainkan peranan dalam memupuk kesedaran.
Perjuangan tidak menampakkan kejayaan cemerlang
Mendapat tentangan daripada Kaum Tua.

Thursday, October 1, 2009

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB)



Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945,Ibu pejabat di san Francisco (asal) berpindah ke New York 1946.Peringkat awal – 51 buah anggota 189 buah – 2002.Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Terdapat 4 matlamat Piagam PBB

Matlamat Piagam PBB

1.Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
2.Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota
3.Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia
tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit
4.Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota


PERANAN MALAYSIA DALAM ( PBB )

1.Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
2.Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara
3.Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan
4.Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq
5.Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea
6.Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
7.Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan
8.Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara
9. Menjadi ahli Bank Dunia
10.Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut
11. Malaysia bekerjasama dan menyertai agensi antarabangsa PBB – kerjasama dalam pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO)
12.Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun 1965, 1989 dan 1999
Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB
Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.
13.Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin dengan mengajurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur

MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA



PETA BEKAS TANAH JAJAHAN BRITISH

1. KOMANWEL

Dibentuk pada tahun 1931,Anggotanya – negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka
54 negara maju dan negara sedang membangun.Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 beribu pejabat di London

matlamat

1. Membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang
Selepas merdeka
2. negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM.Perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand – menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak.

Faedah Menyertai Komanwel

1.Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel dalam menyekat perjuangan PKM
2.Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain , Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa konfrontasi
3.Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara Komanwel
4.Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama(setiap dua tahun)

Sumbangan Malaysia dalam KOMENWEL

1. Menganjurkan mesyuarat CHOGM(1989)
2. Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
3. Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia
4. Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah tetapi keistimewaan ini ditarik balik selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah(EU)
5.Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan



6.Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.