CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Wednesday, February 10, 2010

Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939



Rasa tidak puas hati sultan -

Sultan-sultan telah kehilangan kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.


Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.-

Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.

Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1920-an - Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.



Di samping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri

Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. – Sir
Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri akan dapat mengurangkan kuasa Rasiden Jeneral .

Sokongan orang Melayu untuk mengimbangi sikap anti-Inggeris. - Bertujuan
Untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.

0 comments: