CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Thursday, November 4, 2010



Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London. Perjanjian ini ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan British. Mengikut perjanjian ini, kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Antara perkara-perkara lain yang tercatat dalam Perjanjian Kemerdekaan ini ialah perubahan berkaitan dengan Kementerian dan jabatan bagi Persekutuan Tanah Melayu serta pemansuhan jawatan Penasihat British.

Wakil dari Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang hadir sama pada upacara ini ialah Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Encik T.H.Tan, Encik Abdul Kadir Shamsuddin, Kolonel H.S. Lee dan wakil-wakil daripada Raja-raja Melayu yang terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak), Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan), Dato’ Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor) dan Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor). Manakala perwakilan daripada Kerajaan British yang turut serta pada upacara ini ialah Mr. John Hore, Menteri Negara; Mr. Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu; Mr. David Watherston, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu dan Mr. Oscar Spencer, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu.
4. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

[a] Huraikan isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

- Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
- Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
- Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan Negara.
- Tiga jenis kerakyatan diwujudkan ( iaitu secara Kuat Kuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima)
- Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
- Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
- Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara.
- Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen, (iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlmen )
- Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

[b] Jelaskan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

- Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.
- Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini kerana akan mewujudkan perpaduan antara kaum.
- Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah.
- Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri.
- Dengan pengalaman sejarah yang sama, setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
- Perbezaan warna kulit,agama, bahasa dan bangsa diketepikan.

5 Nyatakan peranan Tunku Abdul rahman Putra al-haj dalam usaha pembinaan negara dan bangsa?

- Presiden UMNO
- Ketua Menteri pertama.
- Kebijaksanaan mengendalikan pakatan murni antara kaum
- Mengetuai rombongan kemerdekaan ke London
- Kemerdekaan dapat dicapai dengan harmoni dan gemilang.
- Mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan

0 comments: