CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Friday, March 27, 2009

BAB 2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA


PENGENALAN

Penentangan masyarakat tempatan bertujuan untuk membebaskan negara daripada penguasaan penjajah.Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa saja bentuk penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.Di Malaysia, penentangan terhadap British bermula sejak abad ke-19 dijalankan oleh pemimipin dan rakyat tempatan.Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20.

Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang British telah menunjukkan semangat taat setia negara yang tinggi kerana sanggup berkorban untuk bangsa.Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin dan pengikut dalam menentang British telah menyumbangkan kejayaan.Sikap berdisiplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan perjuangan yang berjaya.Kekalahan mereka dalam perjuangan adalah kerana kekurangan ilmu dan senjata moden.Oleh itu, kita patut mengambil iktibar dengan berusaha melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik supaya tidak dijajah lagi.

Faktor-faktor pemangkin nasionalisme
1. Pengenalan sistem politik Barat
a.Memusnahkan sistem politik tempatan
b.Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
c.Pembesar diberi pencen
d.Jawatannya digantikan dengan pegawai British
e.Hal ini mencabar amalan tradisi dan menjatuhkan maruah pembesar tempatan

2. Perkembangan Sistem Pendidikan
a.Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu diperkenalkan
b.Melahirkan intelek Melayu
c.Menggunakan idea baru bagi memajukan bangsa Melayu & menolak sebarang bentuk penjajahan Barat

3. Dasar British
a.Menggalakkan sesiapa sahaja datang melabur, berniaga, berdagang, bekerja & menetap di Tanah Melayu .Kesannya kemasukan beramai-ramai imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
b.Mereka menguasai ekonomi Tanah seperti bijih timah, getah dan perniagaan
c.Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
d. Mereka terus kekal dalam ekonomi tradisional

4. Pembukaan bandar baru
a.Sebagai pusat pentadbiran tetapi orang Melayu tetap di kampung yang mundur
b.Prasarana seperti elektrik, pos,telefon, sekolah dan hospital telah meningkatkan taraf hidup di bandar
c.Orang Melayu tetap tinggal di kampung dengan segala kekurangan
d.Jurang taraf hidup orang tempatan dengan imigran dan penduduk bandar telah menyedarkan golongan intelek Melayu & mereka menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme

5. Pendudukan Jepun
a.Merupakan pemangkin gerakan nasionalisme
b.Jepun dengan konsep “Kawasan Kesemakmuran Asia” iaitu:
Kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan & meningkatkan persaudaraan di kalangan negara-negara
c.Mengalakkan bekerjasama dengan Jepun
d.Jepun berjanji akan memerdekakan mereka
e.Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan & ubatan serta kekejaman Jepun menimbulkan kebencian penduduk
f.Tanggapan rakyat semua penjajah zalim dan menindas penduduk tempatan
6. Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)
a.Pada 1945, PKM berkuasa selama 14 hari dan mula menyebarkan ideologi komunis
b.PKM telah menguasai balai-balai polis, memerintah dengan kejam, membunuh & menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun
c.Ramai orang Melayu terbunuh & rumah mereka dibakar
d.Orang Melayu bertindak balas di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan PahangMewujudkan perbalahan kaum
7. Mesin cetak

•Memberi kesan terhadap penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong kepada penentangan terhadap British Contohnya; buku, akhbar, majalah, kitab agama – idea menentang penjajah dapat disebarkan

8. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
•Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan kefahaman Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
•Merangsang kesedaran semangat kebangsaan
•Bermula di Universiti Al-Azhar, Mesir oleh Syeikh Muhammad Abduh
•Tulisannya menekankan bahawa Islam adalah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia & akhirat serta mendorong ke arah kemajuan dunia(ideanya disebarkan melalui al-Manar
•Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak perkara yang sama

9. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia

•Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan kefahaman Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
•Merangsang kesedaran semangat kebangsaan
•Bermula di Universiti Al-Azhar, Mesir oleh Syeikh Muhammad Abduh
•Tulisannya menekankan bahawa Islam adalah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia & akhirat serta mendorong ke arah kemajuan dunia(ideanya disebarkan melalui al-Manar
•Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak perkara yang sama

10. Kesedaran Politik di Asia Tenggara (serantau)

•Khususnya berlaku di Indonesia telah mendorong kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu
•Kesedaran politik Indonesia lebih matang dan telah melahirkan ramai intelektual & karya mereka menjadi bahan bacaan penduduk Tanah Melayu
•Idea politik dan penentangan terhadap penjajahan tersebar luas di sini
•Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan lagi penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu


0 comments: