CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada DIRI ANDA
MAINICHI GAMBATE KUDASAI SHIKEN WA MO CHIKAKU DESU, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR PERIKSA DAH DEKAT...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
sukosensei

Friday, March 27, 2009

Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa




Merupakan gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Pendorong gerakan : Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi & Dr. Burhanuddin al-Helmy(Kaum Muda) .Akhbar & majalah yang menjadi saluran Gerakan Islah : al-Imam, Neracha, Idaran Zaman & Pengasuh
1. Isu dan perjuangan
a.Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
b.Gesaan supaya orang Melayu dapat memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial
c.Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
d.Mengkritik raja & pembesar Melayu yang tidak berusaha memajukan orang Melayu

2. Pertentangan Antara Kaum Muda Dengan Kaum Tua
a.Gerakan ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada alim ulama
b.Golongan ini telah menguasai masyarakat dengan fahaman mereka iaitu:
c.Islam adalah tentang akhirat
d.Penekanan terhadap fardu ain sahaja
e.Kesannya ialah Kaum Muda amat sukar untuk mempengaruhi masyarakat Melayu

3. Tekanan ke atas Kaum Muda
a.Hanya dapat bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja •Ini kerana undang-undang dikeluarkan oleh Negeri-Negeri Melayu bagi menghalang pengaruh mereka
b.Tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan
c.Tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke negeri-negeri tersebut

4. Kejayaan Kaum Muda
a.Menubuhkan beberapa buah madrasah
b.Madrasah ini menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat spt fardu ain, Ilmu Hisab dan bahasa Inggeris
c.Madrasah ini juga memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan




0 comments: